Menangkui ni dari perkataan menangkul , ianya salah satu cara untuk menangkap ikan atau udang. Untuk menangkap atau bahasa kedah dikatakan menahan udang kebiasaannya tangkui ini digunakan pada ketika air sungai agak cetek. Sekarang adalah musim yang paling sesuai kerana air di taliair agak cetek disebabkan musim kemarau dan juga musim menuai. Kebiasaannya pada musim menuai ini air di tali air akan di lepaskan atau di alirkan ke laut.
Tangkui ini dibuat dengan menggunakan buluh sebagai kerangka dan pemegangnya sementara kain yang di buat tangkui itu terdiri dari kain yang jarang …biasanya bumbung kelambu lama yang jadi mangsa…. Untuk menahan udang tangkui ini di letakkan di dalam air dan tanah liat dikepal dan di lumurkan dengan serbuk beras yang digoreng sebagai umpan . Udang memang gemar untuk makan beras goring ni, tak tau la pula macamana orang kampong buat kajian yang mengatakan beras goreng ni makanan kegemaran udang.
Dah bergenerasi mereka menggunakan beras goreng dan ditumbuk ini dan hasilnya cukup memberangsangkan.
Setiap tangkui akan direndamkan untuk tempoh selama lebihkurang sepuluh minit sebelum di angkat…bila di angkat anda akan dapat lihat udang sungai atau dikenali juga sebagai udang padang melopmpat lompat di dalam tangkui tersebut…
Bab angkat tangkui ni cukup penting…kalau silap angkat boleh patah kerangka dia …sebab itulah tangkui ini dibuat dari kain yang nipis kalau kain tebal mau penat nak angkat maklumlah air bertakung dalam tangkui tersebut dan susah untuk melalui kain yang tebal…selain udang ikan juga boleh di tangkui. Untuk menangkui ikan biasanya tangkui di buat dengan menggunakan pukat yang jarang dan tangkui ini di letakkan di hadapan ‘kok’ atau saliran keluar air dari sawah…banyak ikan yang boleh di perolehi dengan cara ini…..

aku nak tunjuk kat nini.. menangkui
elok tu depa bukan tau, hang zoom gambar tu bagi nampak jelas…hang ingat dak dulu Leh kubang nipah bawa pi sekolah udang padang kering…dia jual kat kita dulu…la ni di nat depa jual satu pot susu rm3 hat idup…
Salam saudara, saya dari Pida tok diah, masuk dlm skit. selalunya org menangkui ikan darat.. selalu
p kuala jerlun tangkap mentarang.. lagi syok
Betui tu saya tengok banyak kat Pida depa duk tangkui ikan darat…depa guna pukat buat tangkui….pida tok diah selalu jugak saya pi tu..
assalamualaikum…saya arif..dok tepi sk jerlun ja..menangkui nih mmg la syok..tp kt kg ja lah..klo kat kl nih nak menankui pa nya dah…sungai pun payah nak jumpa..huhuhuhuhuhu!!!!!
Waalaikumsalam…duk tepi sk jerlun? rumah mana satu nie? Kalau kat KL nak menangkui kena pi Sungai Klang atau Sungai Gombak la kut