Sekarang di Jerlun musim menuai , lihat gambar, mesin padi sedang menuai adalah lebih mudah berbanding dengan menuai pada tahun 70 an. Sekarang semua menggunakan jentera dan proses penuaian di lakukan dengan cepat berbanding dengan di tahun 70 an di mana pada ketika itu menuai di lakukan secara manual. Kalau dulu pada musim menuai ini ada orang dari Pattani, selatan Thailand atau dari Kelantan datang mengambil upah menuai dan membanting atau lebih dikenali sebagi memukul padi , sekarang tidak lagi semuanya dengan menggunakan jentera.
Pada musim menuai kali ini adalah pada musim kemarau walaupun terdapat hujan sekali sekala. Musim kemarau di Kedah biasanya berlanjutan hingga ke bulan April. Pada musim ini tanah pun boleh merekah dan air di taliair menjadi kering kontang. Yang bestnya pada dinihari akan terasa sejuk , anda tidak perlukan aircond jika anda tinggal di kampong. Kalau mana mana rumah beratap zink anda boleh lihat pada waktu pagi embun embun masih menitis dari kaki zink . Satu lagi keistimewaan musim kemarau ini ialah angin timur yang akan bertiup laju dari arah timur di waktu petang. Angin ini juga cukup sejuk. Masa ni lah ramai orang akan di serang demam … yang tak bestnya pula tengahari cuaca agak panas dan musim ni juga kebiasaannya kebakaran selalu terjadi…kebakaran di musim ini boleh berlaku dengan cepat. Selalu juga terdapat rumah terbakar , malah rumput rumput di tepi jalan juga kadangkala terbakar apabila puntung rokok di buang .