Hari ni dapat curi masa untuk tukar minyak pelincir kereta. Dah lama tak ke worksyop Ah Seak ni, maklumlah takde apa pa problem buat apa nak ke sana. Lagi pula baru saja cuti panjang sekolah so jarang ke Jitra jadi tak ada kesempatan untuk singgah di worksyop ni. Saya telah menggunakan khidmat worksyop ni sejak tahun 2000 lagi, memang dah kenal sangat dengan Ah Keong , pemilik worksyop keluarga ini. Selalunya sampai saja kereta saya, Ah Keong dah tahu apa nak buat, kadang tu saja je saya pergi minta tunning enjin. Tunning berkomputer ni tak semua tempat boleh buat, kadang tu sesetengah kereta saja yang mereka boleh buat tapi kat worksyop Ah Seak di Taman Rasa Sayang , Jitra ni dia dapat tunning hampir semua jenis kereta, tu le sebabnya kadang kadang saya saja saja singgah di worksyop ini , kalau Ah Keong free saya minta dia tunning kereta saya.
Anda perlu setiasa menjaga tunning kereta anda jika ianya jenis sistem berkomputer barulah pemanduan anda menjadi sedap dan lancar. Saya suka membuat diagnosis sistem komputer kereta saya kerana kekadang masalah plug, compressor aircond atau apa apa sistem yang bersangkutan dapat di kesan melalui diagnosis ini, jadi tak le kena tipu dengan mekanik , almaklumlah kalau mekanik main teka teka saja apa yang rosak masalah juga pada tuan punya kereta.
Melalui diagnosis kepada sistem komputer kereta saya , Ah Keong dapat mencari dengan tepat masalah yang kereta alami, itu lah salah satu sebab kenapa saya suka ke bengkel ini. Sebelum ini saya selalu juga ke Worksyop Dealer kereta saya, malangnya saya dapati mekanik di sana kurang arif membuatkan saya kurang selesa untuk ke sana lagi. Sudahlah tidak pandai, caj pula berkali ganda.
