Azahar Abdul Rahman “when the going gets tough,the tough gets going..”

Hari Suai Kenal Pelajar Tahun 1 – SK Jerlun

Posted by admin on Jan 2nd, 2010 and filed under Local. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

syamil

syamil

Pada 29 dan 30Disember 2009 adalah hari suai kenal bagi para pelajar SK Jerlun.. anak kelima saya Muhammad Syamil akan memasuki Tahun Satu pada Jan 2010 so kenalah pergi suai kenal tersebut. Saya tidak dapat menghantar Syamil kerana saya perlu ke SMK Jitra kerana anak kedua saya ada latihan Tae Kwan Do, so Syamil ditemani ibunya.

Anak saya tidak mempunyai masalah di SK jerlun ini kerana saya mengenali hampir ke semua guru guru di SK Jerlun ini semenjak saya mempengerusikan PIBG SK Jerlun ini sejak lima tahun yang lalu.art1

Pukul 10.30 latihan Tae Kwan Do tamat , dalam perjalanan balik saya singgah di SK Jerlun dan sempat berbual dengan PK Ko-Kurikulum Cikgu Safri.

Untuk makluman , SK Jerlun ini adalah sebuah sekolah di kawasan Kubang Pasu dan boleh dikatakan sebuah sekolah luarbandar.

Inilah sekolah tempat saya belajar suatu ketika dulu, ketika saya mengambil keputusan untuk menghantar anak saya ke sekolah ini , ramai kawan kawan menasihatkan agar saya berfikir berulangkali kerana ianya sekolah kampong. Pada saya itu tiada masalah , kejayaan kita boleh capai di mana sahaja asal ada usaha semua pihak.art2

Ini terbukti dengan dua anak saya memperolehi 5A dalam UPSR ( tahun 2010 , anak ketiga saya pula akan menduduki UPSR) dan apa yang membanggakan saya semenjak saya terlibat dengan PIBG sekolah ini, kerjasama guru guru dan dedikasi mereka telah meningkatkan pencapaian UPSR sekolah di mana jumlah pelajar yang mendapat 5A telah bertambah dari tahun ke tahun dan peratusan kelulusan UPSR sekolah juga bertambah dengan begitu drastik. Saya yakin pencapaian  ini akan dipertingkatkan dari masa ke semasa.

kantinSebenarnya telah tiga generasi keluarga saya belajar di sekolah ini ….dulu ayah saya juga bersekolah di sini..aha sekarang dah sampai cucu pun bersekolah di sini dan setiap hari ayah saya akan menghantar dan mengambil cucu cucunya di sekolah ini…

Lihat gambar di bawah dan sedikit coretan mengenai SK Jerlun ini…

SK Jerlun 1955-Ayah saya berdiri no 2 dari kanan di barisan tengah

SK Jerlun 1955-Ayah saya berdiri no 2 dari kanan di barisan tengah

Ini merupakan kumpulan pelajar SK Jerlun pada tahun 1955, gambar ini saya perolehi dari Cikgu Abu Bakar Mat Akil (berdiri belakang sekali no 3 dari kiri). Ayah saya, Abdul Rahman Said berdiri di barisan tengah no2 dari kanan. Saya difahamkan pada masa ini Sekolah Jerlun masih beratap nipah dan kesemua pelajar adalah lelaki. Sebahagian daripadanya telahpun kembali kerahmatullah manakala yang masih ada rata rata berumur 65 ke atas. Itupun tidak berapa orang sahaja yang masih hidup.
Sekolah Jerlun atau SK Jerlun sekarang adalah dibina di atas tapak yang sama dengan Sek Jerlun pada 1955, dan pada masa kini terdapat satu bangunan baru sedang di bina. Bangunan setinggi tiga tingkat ini di jangka dapat disiapkan penghujung tahun ini. Apa yang menarik di sebelah kanan SK Jerlun ini terdapat rumah bekas guru Al-Quran Tun Mahathir yang dikenali di sini sebagai Allaryarham Pak Long Ya.

Sejarah Sekolah Kebangsaan Jerlun

Sekolah kebangsaan Jerlun yang pada mulanya dikenali sebagai Sekolah Melayu Jerlun dibina pada tahun 1348 hijrah bersamaan 1929 Masihi diatas sebidang tanah milik penduduk tempatan yang bernama Tok Nasir.

Guru guru yang bertugas pada masa itu hanya lima orang dengan jumlah murid seramai 160 orang. Darjah permulaan adalah dimulakan dengan darjah “O” atau “Naught” manakaa darjah tertinggi ialah darjah empat.

Pada tahun 1355H sebuah lagi bangunan dibina oleh penduduk kampung bagi menampung murid yang semakin bertambah. Namun begitu bangunan yang dibina ini runtuh dipukul ribut pada 23 Jun 1963 dan seorang murid Saari Hamzah telah terkorban. Ekoran kejadian itu pihak berkuasa tidak membenarkan para pelajar belajar di sekolah ini memandangkan keadaan bangunan yang kurang selamat.

Kemudiannya, beberapa buah rumah berhampiran sekolah ini telah dijadikan sebagai tempat pembelajaran antaranya rumah Pak Long Yahaya, rumah Hajjah Sopiah dan rumah Ahmad bin Man.

Pada tahun 1964, kerajaan telah membina dua buah bangunan baru yang berdinding dan berlantaikan papan. Bangunan ini dirasmikan oleh YB Encik Khir Johari iaitu Menteri Pelajaran pada ketika itu iaitu pada hari Jumaat 27 Mei 1966.

Pada tahun 1983 pula, sebuah bangunan dua tingkat telah dibina. Bangunan ini menempatkan pejabat, bilik guru, pusat sumber dan sebagainya.

Bagaimanapun pada tahun 1994 salah satu daripada bangunan tersebut didapati telah tidak selamat untuk digunakan oleh pihak JKR. Oleh itu bagi menampung kekurangan bilik darjah, sebuah bangunan tambahan dengan tiga bilik darjah telah dibina oleh Jabatan Pendidikan Kedah pada tahun 1995. Blok yang telah dikosongkan itu telah dirobohkan bagi membina bangunan dua tingkat.Kerja kerja meroboh dan membina telah dijalankan pada 22 Oktober 1998 dan disiapkan pada pertengahan tahun 1999.

Leave a Reply

?>