Azahar Abdul Rahman “when the going gets tough,the tough gets going..”

Ziarah

Posted by admin on Jan 1st, 2010 and filed under Kisah & Teladan. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

artbulletin2

Al-Fatihah untuk Mohd Abdullah anakanda kami yang telah kembali kerahmatullah beberapa bulan yang lalu. Boleh dikatakan setiap petang jumaat kami akan meluangkan masa untuk menziarahinya….semoga rohnya dirahmati Allah. Anak kecil ini telah disemadikan diatas pusara bapa saudara saya Mohd Khalib.  Di kawasan dalam gambar ini terletak juga makam ahli keluarga dan keturunan saya…semoga mereka semua juga mendapat rahmat Allah yang berterusan. InsyaAllah kami akan terus menziarahi pusara mereka dari semasa ke semasa.

artbulletin3Kepada kaum lelaki yang beriman ziarahilah pusara keluarga anda selalu dan bacakanlah al-fatihah dan doakan kesejahteraan mereka. Sesungguhnya peninggalan yang amat berharga bagi kedua orangtua anda di dunia ini setelah pemergian mereka menghadap Ilahi adalah anak lelaki yang soleh.Doa anda untuk roh kedua ibubapa anda akan diterima oleh Allah. Gunakanlah keistimewaan yang anda miliki ini untuk mendoakan kesejahteraan mereka di alam baqa setelah mereka bersusah payah mendidik dan membesarkan anda. Apakah sesuatu yang seringan ini pun tidak dapat anda lakukan untuk sebuah pengorbanan yang terlalu besar? Kalau benar…sungguh anda seorang yang tidak tahu mengenang budi….

Adakah anda hanya menunggu ketibaan hari raya sahaja untuk menziarahi pusara kedua orang tua anda…pada saya pusara umpama rumah bagi mereka yang telah meninggal, kalau ketika hayat mereka kita selalu mengunjungi rumah mereka….apabila mereka telah pergi, pusara mereka adalah tempat untuk dikunjungi…dan inilah yang selalu saya lakukan  kepada pusara nenek moyang saya…malah saya antara yang paling setia mengunjungi pusara  mereka sesudah asar hari jumaat…

Pernah saya mendengar seseorang berkata, berdoa di rumah pun sama , sampai juga , tak perlu pergi kubur…memang benar! Pada saya samakah anda  bermimpi memandu sebuah kereta mewah dengan anda benar benar memandu kereta mewah tersebut di kala jaga. Fikir dan cuba renungkan…apa yang anda rasai…pada saya jika dalam mimpi anda merasa begitu teruja memandu kereta mewah idaman anda..apatah lagi jika anda benar benar memandu secara nyata…

Menziarahi pusara juga banyak kebaikan antaranya anda sentiasa mengingati bahawa suatu masa nanti anda juga bakal menyusul mereka yang telah lama meninggalkan anda…

Pada saya perkuburan harus dijaga dengan baik dan menghormati ahli kubur sepertimana kita menghormati mereka ketika hayat mereka… saya amat kesal dengan suatu peristiwa yang terjadi di kawasan perkuburan ini beberapa tahun yang lalu… malah amarah saya masih belum padam sepenuhnya….ini semua angkara bodoh sombong dan sikap tidak mempedulikan pandangan orang ramai.

Ketika itu terdapat seorang hamba Allah yang separuh umur ingin menderma beberapa lori tanah untuk di letakan di atas tanah perkuburan ini . Oleh kerana perkuburan selalu saya ziarahi saya cukup sensitif dengan apa apa yang akan dilakukan terhadap tanah perkuburan ini…setiap kali selepas pengumuman di buat pada solat jumaat saya akan bertanya kepada hamba Allah ini bagaimana perlaksanaan untuk memindahkan tanah ke atas tanah perkuburan tersebut, dan beliau bersetuju tidak ada sebarang perkara yang boleh memusnahkan nisan nisan dan tiada kenderaan berat yang akan masuk ke kawasan perkuburan.

Tiga jumaat bermakna tiga kali saya mendapat pengesahan bagaimana perlaksanaan untuk menambak kawasan perkuburan itu bakal di lakukan. OK! Saya setuju , tiada kenderaan berat, kalaupun ada cuma sebuah jentera pembajak untuk meratakan tanah dan nisan akan terpelihara. Lori lori akan membuang tanah di luar kawasan perkuburan dan jentera pembajak akan memindahkan tanah tersebut ke atas tanah perkuburan..masih boleh diterima akal setakat jentera pembajak…tidak terlalu berat yang boleh memberi kesan kepada keranda kerana di dalam kubur apatah lagi kubur yang masih baru, lagipula tanah perkuburan di sini jenis tanah pamah bukannya tanah bukit yang berbatu ….Ini cakap dalam masjid…janji dalam masjid…

Pada hari kerja kerja untuk menambak tanah perkuburan dijalankan kebetulan saya ada tugas di pejabat saya yang terletak hampir satu jam setengah memandu…110km/jam ikut highway…saya pulang hampir waktu asar …kedengaran sungutan orang kampong mengenai kerja kerja tambak tanah dikubur….sesuatu yang cukup menaikan amarah saya.

Saya bergegas ke tanah perkuburan…ketika saya tiba saya lihat ada waris yang kelam kabut cuba untuk mencabut nisan nenek moyang demi menyelamatkannya dari di lanyak beberapa buah jentera pembajak haram yang di pandu budak budak melayu remaja  bebal bodoh. Bayangkan seorang tua sedang cuba mencabut nisan dihujung kepala pusara , budak  bebal bodoh  ini telah melanyak patah nisan yang lagi satu…

Sesampainya saya , menarik perhatian mereka, ada yang cuba memaklumkan kepada saya apa yang berlaku…pada saya itu semua tak penting… saya sedang melihatnya…tak perlu sampaikan apa apa …sedangkan awak semua berada di sini dan hanya menjadi seperti tunggul kayu atau batu yang tidak boleh lakukan apa apa…memang prinsip saya apabila saya akan bertindak saya tak perlukan sesiapa cuba menyalakan lagi api amarah saya atau memaklumkan apa yang sedang saya lihat dengan mata kepala saya….

Saya memanggil hamba Allah tersebut…dia datang …nampak agak resah…

“ Awak bercakap dengan saya di atas masjid macam lain…hari ni apa yang awak lakukan…nampak semua lingkup, sia sia umur awak mengaji agama , sia sia datuk nenek awak menddik awak, menjaga awak…perkara paling kecil menjaga kubur mereka pun awak tak mampu buat….siapa guru agama awak …awak tak pernah rujuk pada guru awak apa yang awak buat ni…mulai hari ini hilang hormat saya pada awak sebagai orang tua…patut awak tunjukan contoh  yang baik….”kata saya melepaskan geram

Dia tergesa gesa berlalu dan duduk termenung di hujung kawasan perkuburan…di sudut satu lagi budak budak bebal bodoh ini sedang riuh rendah menikmati makanan dan minuman yang di sediakan….sekali lagi saya menghampiri hamba Allah ini dan minta beliau hambat keluar budak budak  bebal bodoh ini …dari makan di atas perkuburan.

Aku memang marah orang jenis macam ni…bukan la aku tak hormat orang tua…tapi aku memang pantang bila orang cakap lain buat lain ni…

Perkara ini agak kecoh…pada jumaat berikutnya saya meminta kebenaran untuk berucap  sebelum khutbah jumaat…kebetulan imam adalah sepupu saya..beliau agak terkejut dengan permintaan saya dan mungkin juga membayangkan peluru laser yang bakal meledak…

Sepupu aku ni memang tau sangat fiil atau tabiat atau sikap nenek moyang kami ni kalau dah naik angin…pasti tak mudah berundur ..selepas berbincang dengan saya apa yang sebenarnya berlaku…rupanya beliau juga marah apa yang berlaku …perkara ini dibuat tanpa perbincangan rapi dengan pihak masjid…bayangkan jika anda berada di sana anda boleh lihat bagaimana delapan puluh lori yang sarat dengan muatan  tanah dengan bebas keluar masuk melanyak tanah perkuburan. Apa terjadi? Ada lori yang terbenam tayarnya di perkuburan baru sehingga memancut  keluar air dari dalam kubur? Bayangkan apa terjadi kepada jenazah di bawah! Rata rata lori bermuatan sarat tersangkut….maklumlah keranda di bawah sana tidak dapat menanggung muatan lori yang berat…itulah kenapa saya begitu marah….

Sepupu saya berkata biar kita selesaikan selepas sembahyang jumaat nanti kes ini…saya malas untuk berdepan dengan hamba Allah itu lagi…apatah di atas masjid..bimbang nanti bukan peluru laser yang terlepas…nanti bom atom pula meledak… 

Saya lihat sepupu saya menegur perbuatan hamba Allah itu . Tidak lama selepas itu kedengaran cakap cakap yang orang kampong hairan kerana saya berani menegur hamba Allah itu dan dia tidak berkata apa apa pada saya sedangkan selama ini mereka semua tahu yang dia seorang yang panas baran, menegurnya bererti mencari gaduh. Itulah sebabnya mereka hanya mendiamkan diri walaupun tidak bersetuju dan tidak masuk campur dengan rancangan menambak tanah di perkuburan. Heheh sebenarnya saya tidak pun tahu yang dia seorang yang panas baran…

Selepas itu juga beliau ada menceritakan perihal saya dengan tegas menegurnya kepada beberapa orang kampong yang mengenali saya….hahhaha mereka berkata kepadanya “hang tak kan tak tau dia cucu sapa, tu la cucu tok Said cengih( garang)”

Trademark arwah tokwan saya ni sebenarnya memang sejak dulu lagi mengerunkan mereka  ….

Leave a Reply