Baru baru ini saya singgah di Kawasan Rehat di Sungai Perak dalam perjalanan pulang ke Kedah dari Johor Bahru…semasa menunaikan solat di surau R & R tersebut saya terpikat dengan suasana landskap surau tersebut yang mempunyai pokok pokok menghijau di sekelilingnya.
Suasana hijau ini menenangkan selepas pemanduan yang jauh. Satu lagi R&R yang gemar saya singgah ialah R&R Tapah…dulu R&R Tapah ( menghala KL) tidak lah secantik sekarang, tapi selepas di upgrade ianya cukup selesa dan menarik.
Apa yang saya dapati di dinding surau ini terdapat Panduan Solat Jamak…saya rasa satu satunya surau yang meletakan panduan sedemikian. Harap PLUS meletakan di semua surau surau sepanjang lebuhraya , sekurang kurangnya memberi panduan kepad mereka yang kurang arif tentang solat jamak ini.
Lihat gambar salah satu sudut surau tersebut…alangkah bestnya kalau saya boleh buat surau sebegini di dalam rumah saya…