Sekarang musim menunggu padi masak…pada masa ini ikan agak banyak di dalam tali air . Kebetulan belakang rumah saya , sawah seluas mata memandang..seluas melebihi 500 ekar. Terdapat satu tali air di belakang rumah yang digunakan sebagai sumber saliran air ke sawah sawah itu…apabila hampir tiba musim menuai ikan agak
banyak di dalam tali air ini. Petang
ramai yang memancing kadang tu jadi macam pesta memancing pula…anak anak saya pula tidak terlepas mengambil kesempatan untuk
memancing..lihat gambar (sila klik pada gambar untuk besarkan saiz), syamil anak bongsu saya begitu asyik memancing.
Setiap hari dia memancing , kadang tu sehingga 7 – 8 ekor ikan puyu dipancingnya setiap petang.


