Azahar Abdul Rahman “when the going gets tough,the tough gets going..”

Anugerah Pilihan Pembaca 2009

Posted by admin on Aug 29th, 2009 and filed under Headlines. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

5973_118427196529_582066529_2307249_6370032_nBaru baru ini 26 Ogos 2009 saya menghadiri hari Anugerah Pilihan Pembaca Berita Harian -Popular 2009 di KLCC . Buku saya Rahsia Buat Duit Dengan eBay (RBDDE) telah tercalon untuk kategori non fiksyen. RBDDE merupakan buku pertama saya dan saya agak terkejut apabila ianya mendapat pencalonan untuk anugerah yang besar ini. Lagipula ramai penulis yang berbakat dan telah lama menceburi bidang penulisan dan menghasilakan lebih banyak buku berbanding saya. Pada saya tercalonnya buku saya sudah memberikan suntikan semangat yang kuat untuk saya terus menulis , dan sejak dari mula saya tidak begitu mengharapkan akan mendapat kemenangan kerana pencalonan itu sudah memadai bagi saya yang baru melibatkan diri dalam dunia penulisan. Saya mengambil kesempatan di sini mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua pembeli buku saya yang mana dengan sokongan anda terhadap buku saya membolehkan ianya dicalonkan untuk Anugerah Pilihan Pembaca ini tanpa sokongan anda sekelian semua ini tak mungkin dicapai.

Leave a Reply