Azahar Abdul Rahman “when the going gets tough,the tough gets going..”

SOHO

Posted by admin on Aug 2nd, 2009 and filed under Headlines, Local. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

sohoku1Dalam perniagaan internet ramai yang memperkenalkan konsep Small Office Home Office (SOHO). Konsep ni memang baik kerana kita bekerja dari rumah dan masa kita yang tentukan sendiri. Ada yang menjadikan bilik tertentu sebagai pusat operasi, apapun yang penting adalah akses internet.

Saya juga tidak terlepas dari mempunyai SOHO saya sendiri yang beroperasi di Jitra Kedah…dimana salah sebuah rumah saya telah saya khas kan untuk operasi internet ….lihat gambar gambar yang saya sertakan ini (klik pada setiap gambar untuk besarkan ). Rumah ini memang saya jadikan khas sebagai SOHO saya di mana aktiviti penulisan dan perniagaan internet saya dijalankan. Agak baru juga saya memulakan operasi internet dari sini dan rumah ini adalah semata  mata sebagai SOHO dan bukannya kediaman saya. Terdapat 4 bilik semuanya di mana 2 darinya akan saya jadikan sebagai bilik pejabat dan mini library…satu sebagai rest room jika bekerja sehingga larut malam dan satu lagi sebagai bilik anak saya dengan permainan game nya….. namun kelengkapan semuanya belum dilengkapkan …sistem networking juga masih belum siap…saya tidak gemar menggunakan wireless memandangkan kekadang terdapat gangguan terutama untuk aktiviti forex…

waiting area

waiting area

Disini memang releks… saya dapat menulis dan berinternet dengan selesa. Kebiasaannya saya akan berada di sini diwaktu petang kerana sebelah pagi saya akan masuk ke opis di Alor Setar dan sebelah petangnya saya akan menghantar anak saya Rabiatul Adawiyah ke sekolah berhampiran SOHO ini….so sementara menunggu dia pulang saya akan lakukan aktivi internet dan penulisan di sini. Walaubagaimanapun untuk menulis secara serius saya akan ke sini pada hujung minggu. Saya masih mempunyai lima judul yang perlu saya siapkan namun kesibukan saya ketika ini membantutkan kerja penulisan buat sementara waktu…..saya  perlu tumpukan pada kes saya di mahkamah untuk  beberapa ketika sebelum aktiviti internet dan penulisan dapat berjalan semula….

reception

reception

Haa… di sebelah ini adalah meja reception yang terdapat diruang tamu tingkat bawah SOHO ini… terdapat satu meja khas yang cukup besar di ruang ini.

 

 

 

to my office(upstairs)

to my office(upstairs)

Dari sini anda boleh akses ke ruang atas dimana ruang bilik tidur utama saya jadikan sebagai ruang pejabat saya. Kelengkapan sepenuhnya masih dalam proses.

 

 

 

my sohooffice

my sohooffice

Ha… Inilah bilik tidur utama di tingkat atas yang saya jadikan sebagai office saya. Nampak…rak masih kosong kerana saya belum mengisinya lagi….

Apabila lengkap kelak SOHO ini akan mempunyai sistem networking yang baik dan saya juga akan sediakan wireless system untuk capaian internet walaupun saya kurang gemar menggunakannya. Satu ruang bawah akan saya jadikan sebagai tempat untuk training bagi memudahkan saya menjalankan aktiviti kursus dan latihan dalam kumpulan yang kecil berdasarkan permintaan rakan rakan dan peminat forex dan juga perniagaan internet . Kemudahan LCD dan Skrin untuk kegunaan training ada di sana.

 

 

1 Response for “SOHO”

  1. Maizul says:

    Cantik SOHO En. Azahar. Lepas baca dan tengok SOHO En. Saya bercadang juga nak buat macam ni. SOHO dan Kediaman adalah besasingan menarik, kemas & cantik.

Leave a Reply