Salam semua,
Saya dapati banyak pertanyaan diajukan kepada saya tentang bilakah saya ingin mengadakan seminar. Ada yang tanya pasal seminar eBay, ada pula tanya pasal seminar Bisnes Internet dan ada pula yang bertanya pasal seminar Buat Duit Dengan Affiliate. Semua pertanyaan ini ada hubungkait dengan terbitnya buku buku saya Rahsia Buat Duit Dengan eBay, Bisnes Internet. Bina.Upload.Urus dan Buat Duit Dengen Affiliate yang sekarang sedang rancak jualannya di pasaran . Buku saya Rahsia Buat Duit Dengan eBay telah diulang cetak sebanyak tiga kali dalam masa setahun. Satu pencapaian yang cukup menyuntik semangat saya untuk terus menulis. Buku terbaru saya Bisnes Interrnet Bina.Upload.Urus dan serta Buat Duit Dengan Affiliate juga telah masuk ke pasaran sejak lebih kurang dua bulan lepas dan feedback yang saya dapat berkaitan penjualan buku ini cukup memberangsangkan.
Bila ramai yang bertanya mengenai seminar/bengkel saya pun mula terfikir….kalau ada masa apa salahnya saya buat seminar/bengkel. Lagipun banyak perkara yang boleh didedahkan kepada peserta tentang cara mendapatkan pendapatan melalui internet. Amat rugi jika rumah anda ada komputer dan internet, sebaliknya kedua duanya menjadi liabiliti atau beban kepada anda yang terpaksa membayar bil capaian internet dan servis komputer anda. Tidakkah anda terfikir anda boleh tukarkan liabili itu menjadi asset yang boleh menjana pendapatan kepada anda, ya jana pendapatan kepada anda hanya dari keselesaan rumah anda sahaja. Kalau anda benar benar lakukannya anda tidak perlu lagi bersusah payah bersesak sesak di dalam traffic jam untuk ke pejabat di awal pagi, berlari menghantar anak ke sekolah , kesuntukan masa untuk melakukan sesuatu yang anda minat semata mata kerana anda terpaksa berhadapan dengan tugas kerja yang memerlukan anda ada di pejabat tepat pada pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang.
Tahukan anda alternative terbaik bagi anda menjana pendapatan di zaman serba gawat ini adalah melalui internet. Ya, saya katakan kepada anda sekali lagi…melalui internet.
Zaman serba gawat ini jika anda ingin memulakan perniagaan secara tradisional, saya rasa agak sukar. Malah sebagai seorang usahawan secara ikhlas saya menasihatkan anda jangan sesekali terjun ke dalam dunia perniagaan di masa dan ketika ini tanpa anda mengkaji secara terperinci, bimbang modal pun boleh hangus.
Jalan terbaik dan dengan modal yang paling sedikit adalah melalui internet yang ada di rumah anda sekarang. Jangan biarkan komputer dan internet anda hanya terperuk begitu saja. Hidupkan komputer anda dan biarkan ia bekerja untuk anda bagi menghasilkan pendapatan kepada anda. Jadikan ia mesin yang bekerja 24 jam sehari menjana wang untuk anda. Amat rugi jika anda tidak menggunakannya.
Ok…berbalik kepada seminar…saya memang ada cadangan untuk memulakan seminar internet saya . Anda ada cadangan? Anda ingin membantu mengendalikannya dan saya akan hadir sebagi penceramah, boleh, no problem? Saya membuka peluang kepada anda untuk “conduct” seminar ini jika anda mempunyai pengalaman atau anda adalah sebuah syarikat yang mengendalikan seminar.
Walaubagaimanapun saya juga akan menysun jadual jadual seminar saya dalam sedikit masa lagi dan jadualnya boleh dilihat di laman ini dan juga di laman blog lagi satu http://www.artmand.com.
Saya bercadang untuk mengadakan seminar berikut :
- eBay
- Bisnes Internet
- Buat Duit Dengan Affiliate.
Juga terdapat permintaan untuk saya mengadakan seminar FOREX. Bercakap mengenai forex ini, saya menggunakan satu teknik yang telah saya dalami penggunaan teknik ini sejak satu setengah tahun yang lepas dan keputusannya cukup baik. Mungkin anda pernah dengar CHAOS satu teknik yang pernah digunakan oleh George Soros. Teknik ini melalui penggabungan dengan beberapa indicator yang lebih dikenal sebagai “leading indicator” memberikan gambaran pergerakan trend yang hebat. Bak kata dalam buku “The New Dimension” oleh Bill William, menggunakan chaos ini seolah olah membaca Wall Street untuk market keesokan hari. Gabungan penggunaan beberapa teknik berkesan ini saya namakan sebagai FOREXMASTA. Lihat pakej Forexmasta saya, semua hasil grafik adalah rekaan dan ciptaan saya sendiri. Menarik tak? Apa komen anda?
OK ! Saya akan tetapkan jadual seminar saya dalam sedikit masa nanti dan jika anda berminat untuk menyertai mana mana seminar atau mengendalikan seminar bolehlah menghubungi saya melalui emel (sila semak di ruangan contact us di kedua dua blog) atau anda boleh meninggalkan pesan di ruangan komen…..
Ingat! Terlalu banyak peluang di internet untuk kita terokai dan terpulanglah kepada kita untuk mengambil setiap kesempatan yang datang….
Yakinlah! Internet adalah peluang untuk anda menghasilkan pendapatan secara sampingan atau anda lakukan secara serius sebagai satu perniagaan sepenuh masa , mungkin suatu masa nanti anda bakal menjana pendapatan tetap dari internet sebagaimana Internet Marketer lain dan anda ketika itu tidak lagi perlu bergegas ke pejabat dalam kesesakan lalulintas malah pendapatan anda akan terus mengalir ke akaun anda walaupun anda tengah enak dibuai mimpi di malam hari……
Tunggu jadual seminar saya!